cara menjadi remaja yang sihat dan cergas

Dalam meniti arus kemodenan ini, isu tentang remaja yang sihat sering diuar-uarkan dalam segenap lapisan masyarakat dan sering diperdebatkan dari kedai kopi hinggalah ke bangunan Parlimen. Hal ini demikian kerana isu untuk menjadi remaja yang sihat dan cergas menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat bandar yang sibuk mengejar materialistik dan bersikap mementingkan diri sendiri, bak kata peribahasa seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Polemik ini perlu dikekang hingga ke akar umbi agar remaja di negara kita menjadi sihat dan cergas sejurus dengan kempen yang telah dibuat oleh Mantan Perdana Menteri kita iaitu 'negeri sihat rakyat sejahtera'. Oleh itu, semua pihak mestilah komited untuk mendepani masalah ini kerana dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Dengan ini, apakah usaha-usaha untuk menjadi remaja yang sihat dan cergas? Tepuk dada tanya selera.
 Antara cara untuk menjadi remaja yang sihat dan cergas termasuklah mengamalkan senaman. Hal ini demikian kerana dengan mengamalkan senaman, badan serta otok kita secara tidak langsung akan menjadi sihat dan cergas. Malahan, dengan mengamalkan aktiviti senaman juga dapat membuang lemak dan kolestrol yang mula berkuasa dalam diri setiap individu. Di samping itu, setiap individu juga haruslah mengamalkan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan melalukan aktiviti-aktiviti yang ringan. Tamsilnya, aktiviti senaman bukan sahaja berjoging mahupun berlari, malah aktiviti senaman ini juga, kita boleh lakukan dengan berbasikal, bermain bola dan lain-lain bagi mengeluarkan peluh. Secara tidak langsung, kita dapat menjadi sihat. Oleh itu, secara tidak langsung, masalah obesiti dan diabetis dapat dikurangkan di negara kita.
Prakarsa pragmatik dominan yang seterusnya untuk menjadi remaja sihat ialah degan mengamalakn pengambilan makanan yang seimbang.Dengan pengambilan makanan yang seimabang, segala masalah penyakit yang terdapat dalam dunia dapat dikurangkan. Hal ini demikian kerana isu tentang pengambilan makanan yang seimbang menjadi buah mulut mujtamak kita kerana semakin hari wabak penyakit semakin menular. Oleh itu, untuk menjadi remaja yang sihat dan cergas, setiap individu sewajarnya mengambil makanan yang seimbang. Individu juga perlu mengamalkan pengambilan makanan mengikut piramid makanan dan makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan serta kurangkan minyak, garam dan gula dalam menyediakan sesuatu hidangan.
Image result for cara menjadi remaja yang sihatAkhir sekali, uslub-uslub untuk menjadi remaja yang sihat dan cergas termasukalah menjauhi tabiat merokok. Hal ini demikian kerana tabiat merokok dapat merancang maut serta memberi kesengsaraan hidup kepada perokok tersebut. Ibu bapa haruslah memainkan peranan yan g penting dalam menangani isu ini. Senario ini persis dengan peribahasa, yakni melentur buluh biarlah dari rebungnya kerana jika ibu bapa memberi perhatian yang cukup, anak-anak tidak akan terjebak dengan tabiat merokok. Tamsilya, ibu bapa haruslah memberi pendedahan tentang akibat bahayanya merokok supaya dapat memberi kesedaran kepada remaja agar memikirkan dahulu akibat yang bakal berlaku sebelum melakukan sesuatu perkara. Dengan ini, jelaslah bahawa merokok adalah memberi 1001 kebobrakan kepada remaja untuk kekal sihat dan cergas.
Natijahnya, terdapat pelbagai cara untuk menjadi remaja yang sihat dan cergas, antaranya termasuklah mengamalkan senaman, pengambilan makanan yang seimbang dan menjauhi tabiat merokok. Hal ini dilakukan kerana untuk melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada bangsa dan negara pada era globalisasi akan datang. Sudah terang lagi bersuluh, dengan menagamalkan cara-cara tersebut, Malaysia dapat mencapai status maju dan dapat dudk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain serta Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan jayanya.

Comments

Popular posts from this blog

cara membuat ice cream banana split