cara membuat ice cream banana split

                     
Harini saya nak ajar anda semua buat ice cream banana split : 

sebenarnya, banana split ni sangat mudah untuk dibuat... even bahan-bahannya pun bergantung kepada kreativiti pembuatnya, dan biasanya yang dekat kedai tu lebih kepada hiasan dan susunan banana split tu... so bahan-bahan yang dinyatakan disini bukan semuanya wajib... dan tuan puan juga boleh tambah lagi bahan-bahan lain mengikut citarasa sendiri...





Bahan-bahan Utama

  • Pisang (wajib)
  • Ais Krim (wajib)
  • Coklat Cair / Cecair Sirap
Bahan-bahan tambahan
  • Wafer gulung
  • Kiwi
  • Buah Cherry
  • Koko Krunch
Bahan-bahan hiasan
  • Kacang - telah dikisar
  • Serbuk Milo
  • Coklat chip

Tuan puan adalah digalakkan untuk menyediakan dahulu bahan-bahan diatas, letakkannya diatas bekas / pinggan dan simpan dahulu ais krim di dalam peti sejuk. ini kerana ais krim (bergantung pd brand) cepat cair di suhu bilik... kalau boleh pasang aircond mse buat ni lagi baik... tapi dalam tutorial ni saya buat dekat ruang tamu xde aircond pun...

1. Seperti diberitahu, sediakan dahulu bahan-bahan... belah pisang kepada 2 bahagian. Untuk hiasan, hiris pisang kecil-kecil. kalau ada buah-buah lain untuk hiasan seperti kiwi, hiris juga kecil-kecil.





2. Apabila bahan-bahan sudah disediakan, susun pisang yang telah dibelah dan letakkan di sebuah pinggan lain. susun dekorasi-dekorasi bahan-bahn tambahan yang perlu seperti koko crunch, wafer gulung, buah kiwi dan buah cherry.



3. Setelah siap disusun, letakkan ais krim diatas pisang/bahan2 tersebut





4. Tuangkan cecair coklat tadi ke atas banana split... mungkin ada yang berminat dengan perisa lain boleh try perasa sirap ;) tapi saya guna brand Hershey's... harganya RM11 lebih... ada jugak yang kata brand TESCO pun not bad, harga dalam RM10 lebih.

Untuk tujuan tutorial ini, saya telah buat dua versi... satu versi cantik, satu lagi versi sedap... so boleh la buat mana versi pun 





5. Akhir sekali taburkan saki baki hiasan seperti kekacang, coklat chip, serbuk milo.


6. Siapppp! 

                   
Tuan ku kata...
tetiba banyak pulak versi masakan kt blog nih...

pengajaran dan iktibar yg boleh diambil: 
buat sndiri lg murah dan berbaloi2...

Comments

  1. Terimakasih sudah share Resep ice cream nya
    saya sangat suka ice creamnya..

    Check juga artikel lainnya :

    Grosir tas wanita terbaru


    Gudang tas wanita


    Konveksi tas wanita

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

cara menjadi remaja yang sihat dan cergas