Posts

cara membuat ice cream banana split

Image
                      Harini saya nak ajar anda semua buat ice cream banana split :   sebenarnya, banana split ni sangat mudah untuk dibuat... even bahan-bahannya pun bergantung kepada kreativiti pembuatnya, dan biasanya yang dekat kedai tu lebih kepada hiasan dan susunan banana split tu... so bahan-bahan yang dinyatakan disini bukan semuanya wajib... dan tuan puan juga boleh tambah lagi bahan-bahan lain mengikut citarasa sendiri... B ahan-bahan Utama Pisang (wajib) Ais Krim (wajib) Coklat Cair / Cecair Sirap Bahan-bahan tambahan Wafer gulung Kiwi Buah Cherry Koko Krunch Bahan-bahan hiasan Kacang - telah dikisar Serbuk Milo Coklat chip Tuan puan adalah digalakkan untuk menyediakan dahulu bahan-bahan diatas, letakkannya diatas bekas / pinggan dan simpan dahulu ais krim di dalam peti sejuk. ini kerana ais krim (bergantung pd brand) cepat cair di suhu bilik... kalau boleh pasang aircond mse buat ni lagi baik... tapi dalam tutorial ni saya buat dekat ruang

cara menjadi remaja yang sihat dan cergas

Image
Dalam meniti arus kemodenan ini, isu tentang remaja yang sihat sering diuar-uarkan dalam segenap lapisan masyarakat dan sering diperdebatkan dari kedai kopi hinggalah ke bangunan Parlimen. Hal ini demikian kerana isu untuk menjadi remaja yang sihat dan cergas menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat bandar yang sibuk mengejar materialistik dan bersikap mementingkan diri sendiri, bak kata peribahasa seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Polemik ini perlu dikekang hingga ke akar umbi agar remaja di negara kita menjadi sihat dan cergas sejurus dengan kempen yang telah dibuat oleh Mantan Perdana Menteri kita iaitu 'negeri sihat rakyat sejahtera'. Oleh itu, semua pihak mestilah komited untuk mendepani masalah ini kerana dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Dengan ini, apakah usaha-usaha untuk menjadi remaja yang sihat dan cergas? Tepuk dada tanya selera.  Antara cara untuk menjadi remaja yang sihat dan cergas termasuklah mengamalkan senaman. Hal ini de